Kaya pengalaman

ValueMax mempunyai sejarah yang kaya selama 30 tahun, dan merupakan sebuahnamajenamayang dihargai dan dipercayai dalam industri pajak gadai.

Pakar jurunilaikami yang berpengalaman dan cekap dari segi teknikal kesemuanya mempunyai antara 10 hingga 50 tahun pengalaman dalam berurusan dengan pelbagai barang kemas dan barang-barang berharga. Mereka memberi kepercayaan di kalangan pelanggan-pelanggan kami, yang yakin bahawa barang-barang berharga mereka akan dinilai secara profesional, dan dengan itu memberikan nilai pajak gadai yang tertinggi.

Perkhidmatan yang tulus dan boleh dipercayai

Seperti rakan yang boleh dipercayai, kami di ValueMax berusaha untuk memastikan proses perniagaan kami selaras dengan nilai teras integriti kami. Sentiasa berusaha ke arah memaksimumkan pulangan pelanggan-pelanggan kami, kami adalah pihak pertama yang diingati olehmereka yang memerlukan aliran tunai jangka pendek dan pembiayaan yang mudah dan selamat. Pelanggan-pelanggan kami tahu bahawa ValueMax akan sentiasa memberikan mereka nilai yang sangat baik, dengan cara yang lebih daripada satu.

Kemudahan moden

Janji utama kami adalah nilai pajak gadai yang sangat baikcemerlang, yangdi manakamisampaikan bukan hanya memberikan perkhidmatan melalui pakar pajak gadai kami yang berpengalaman, tetapi juga dengan penggunaan sistem komputer dan instrumen penilaian moden. Anda juga boleh yakin bahawa barang-barang yang dipajak gadaikan oleh anda berada dalam tangan yang baik, kerana kita mempunyai sistem penyimpanan yang sangat selamatberkeselamatan tinggi untuk penyimpanan barangan anda. Selain itu, anda boleh memperbaharui tiket pajak gadai anda di mana-manasebarangkedai lokasi ValueMax yang terletak di merata negara.

Mewah tanpa khidmat berlebihan

Anda boleh memiliki barangan mewah hanya dengan sebahagian kecil daripada harga pasarannya, kerana kamimemulihkan barangan terpakai dan memberikan mereka nafas baru. Dalam bengkel barang kemas kami, kami cekap memulihkan barang kemas dan jam tangan mewah kembali ke keadaan asal, siap untuk disayangi semula.

Sambil kami meletakkan barangan iniuntuk dipamerkan, kami tidak menyertakan bayaran mutu kerja dan bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada label harga mereka, jadi kini anda boleh memiliki baranganmewah yang anda gemar tanpa membayar harga yang terlalu tinggi.

Kami melakukan lebih untuk memberikan anda lebih.

Nama kami adalah pengisytiharan komitmen kami – untuk menawarkan anda nilai yang terbaik.

Kepakaran jurunilai kami membolehkan mereka untuk memberikan anda satu penilaian yang terperinci untuk memastikan anda mendapat tawaran yang terbaik untuk barangan berharga anda.